Saturday, January 31, 2009

Cerita Diriku Pada Usia Sebelum Enam Tahun

Susah betul nak update blog ... kadang rasa cemburu tenguk blog kawan yang aku layari. Mana datang masa dan kekuatan mereka untuk memblog

Bila usia besar sikit dari yang sebelum ni apa yang aku ingat belakang rumah aku selalu ada satu keluarga china yang berkebun melalui belakang rumah aku. Ayahnya selalu cuma menarik basikal tuanya tanpa mengayuhnya. Mengikuti dibelakangnya isteri dan anak2 juga kadang ada dia bawa bersama kerbau kecik ( babi kat kampung kami pangggil kerbau kecik ) Pada itu aku tak ingat berapa usia aku.

Satu lagi yang aku ingat jiran akau suka main wayang kulit kat beranda rumahnya. Jiran2 akan berkumpul untuk melihat dia main wayang kulit.

Pada suatu hari semasa kami ingin melintas jalan adek aku hampir di langar basikal . Alhamdulillah ia dapat di elakkan . Adek aku ini pernah sekali di hanyutkan air semasa mandi di sungai di kampung ibu ku nun jauh di pendalaman. Nak masuk ke kampung tu terpaksa berjalan kaki atas batas sawah dan merentasi sungai.Tapi kedua ibu dan ayah tak pernah lupa untuk balik menjeguk nenek dan datuk yang hanya tinggal berdua kerana ibu adalah anak tunggal. Tapi kini walau pun dah mempunyai kereta yang berkuasa besar anak2 sukar nak menjenguk ibu dan ayah di kampung hingga bertahun lamanya. Ini lah lagak anak2 yang memperolehi pendidikan tinggi sehingga keluar negara.

Yang aku ingat pasal rumah ini ialah ia berdinding buluh dan juga berlantai buluh. Mandi air telaga .Sekarang tak ada anak2 yang berpeluang mandi air telaga.Depan rumah datuk aku ini ada surau yang mana datuk menjadi imamnya. Bila tiba waktu solat aku selalu juga tolong datuk memukul beduk.Datuk aku pandai membaca Al Quran , suaranya pun merdu sekali bila dia azan.

Setakat ni dulu untuk hari ini entah bila pula nak sambung ni ..

Saturday, January 24, 2009

Kesinambungan

Aku adalah anak ke5 dari 8 adek beradek belah email tapi kalau belah ayah aku anak yang ke3.Aku boleh ingat sejauh usia ku dalam 3 atau 4 tahun .Masa kecik aku ni jenis yang tak boleh berengang dari emak aku.Apa yang masih terbayang dalam ingatan aku ialah apabila emak nak berurut akau akan marah orang yang sentuh emak. Orang lain akan bawa aku jauh2 agar emak aku dapat berurut. Tapi aku tak pasti berapa umur aku ketika itu. Hingga kini gambaran kawan emak aku masih ada dalam kepala aku ni.Tapi lupa pulak name makcik tu. Aku cukup suka cara dia bercakap.

Aku kalau bercakap dengan seseorang yang selalu aku fokus ialah pada mulut dia.Makcik ni kuat berpeluh ..Adus sedihnya aku lupa pula name dia...lain kali aku sambung lagi cerita lain yang masih aku ingat di awak usia ku antaranya cerita adek aku hampir di langar kerata semasa melintas jalan.... to be continue

Sunday, January 18, 2009

Buat Mereka Yang Mewarnai Hidup Ku

Blog ini ingin di dedikasikan buat seorang yang membuat aku mengenal erti hidup dan kehidupan.

Dalam perjalanan hidup ku yang kini menjaugkau usia pertengahan abad setiap orang yang pernah hadir dalam hidup ku amat bermakna sekali

Pertamanya buat ibu dan ayah yang begitu banyak jasanya dalam memberi erti kehidupan yang sebenar kepada diri ini.

Ibu walau tak pernah mengenal erti membaca dan menulis tapi kepekaan ibu pada pendidikan telah menjadikan kami adek beradek anak2 yang berjaya di bidang akedemik dan pekerjaan. Alhamdulillah anak2 ibu dan ayah tidak mewarisi kemiskinan ibu dan ayah.

Cuma aku agak terkilan kerana walau anak2 ibu dan ayah semua tinggal di rumah batu tapi ibu dan ayah cuma tetap di rumah papan walau pun tidak usang. Juga terkilan akau walau anak2 ibu dan ayah punya kereta baru ayah cuma mampu pakai kereta kecil.

Jesteru itu aku berpesan pada anak2 ku secara bergurau kalau nanti mereka sudah bekerja sebelum mereka miliki rumah dah kereta baru terlebih dahulu mereka mesti sediakan ibu mereka ini rumah dan kereta bari .... sekadar ingin menyedarkan mereka yang tanpa ibu dan ayah siapa lah mereka .

Anak2 sebenarnya tidak boleh di harap kan mereka mengerti apa harapan ibu dan ayah tanpa kita membuat mereka mengerti.Bila kita berdiam merekan nengangap kita menerima dengan apa jua yang di takdirkan kepada mereka.

Pernah aku menonton sebuah cerita Inggeris dimana seorang ibu menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah di keluarkan untuk anaknya dari lahir hingga dia berusia 21 tahun .

Cuba kita renungkan anak2 ini bersungguh membayar pinjaman belajar. Tapi ramai anak2 yang gagal untuk membayar balik apa yang telah di beri kepada ibu dan ayah. Malah ada ibu dan ayah berakhir di rumah orang2 tua.

Waalahualam