Sunday, September 26, 2010

Demam pepereksaan

Malaysia kini sedang mengalami demam pepereksaan bermula dengan UPSR kemudia PMR , SPM dan STPM.

Bila musim pepereksaan bukan saja anak2 yang tension malah ibubapa turut tension. Pastinya kalaulah diukur tahap tekanan pada hujung tahun ni pasti tinggi sekali.

Hidup kita benar2 telah begitu terikat dengan pepereksaan anak2.Apa saja yang hendak dilakukan mesti berpaksikan jadual pepereksaan anak2. Hinggakan sanggup tak balik kampung berhariraya kerana tarikh hari raya hampir dengan pepereksaan anak2.

Persoalannya wajarkan ini berlaku ? Sedangkan tujuan kita hidup bukan untuk pepereksaan jangka pendek ni . Allah telah menjanjikan kita ganjaran yang banyak bagi kita menghubungkan silaturahim sesama saudara dan sahabat handai dibulan syawal ini. Terutamanya pulang kekampung mengembirakan ayah dan ibu kita yang telah lama merindui anak2 dan cucu mereka.Bukan kah berbuat baik kepada ibubapa itu disuruh oleh Allah s.w.t.

Mengutamakan pepereksaan tidak salah tapi kenapa mesti begitu terikat dengan pepereksaan sehingga menghalang untuk kita meraih pahala kebaikan dan menghubungkan silatulrahim

Hidup dengan terikat sesuatu sebenarmya melelahkan diri kita.. Wallahu'alam