Sunday, January 18, 2009

Buat Mereka Yang Mewarnai Hidup Ku

Blog ini ingin di dedikasikan buat seorang yang membuat aku mengenal erti hidup dan kehidupan.

Dalam perjalanan hidup ku yang kini menjaugkau usia pertengahan abad setiap orang yang pernah hadir dalam hidup ku amat bermakna sekali

Pertamanya buat ibu dan ayah yang begitu banyak jasanya dalam memberi erti kehidupan yang sebenar kepada diri ini.

Ibu walau tak pernah mengenal erti membaca dan menulis tapi kepekaan ibu pada pendidikan telah menjadikan kami adek beradek anak2 yang berjaya di bidang akedemik dan pekerjaan. Alhamdulillah anak2 ibu dan ayah tidak mewarisi kemiskinan ibu dan ayah.

Cuma aku agak terkilan kerana walau anak2 ibu dan ayah semua tinggal di rumah batu tapi ibu dan ayah cuma tetap di rumah papan walau pun tidak usang. Juga terkilan akau walau anak2 ibu dan ayah punya kereta baru ayah cuma mampu pakai kereta kecil.

Jesteru itu aku berpesan pada anak2 ku secara bergurau kalau nanti mereka sudah bekerja sebelum mereka miliki rumah dah kereta baru terlebih dahulu mereka mesti sediakan ibu mereka ini rumah dan kereta bari .... sekadar ingin menyedarkan mereka yang tanpa ibu dan ayah siapa lah mereka .

Anak2 sebenarnya tidak boleh di harap kan mereka mengerti apa harapan ibu dan ayah tanpa kita membuat mereka mengerti.Bila kita berdiam merekan nengangap kita menerima dengan apa jua yang di takdirkan kepada mereka.

Pernah aku menonton sebuah cerita Inggeris dimana seorang ibu menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah di keluarkan untuk anaknya dari lahir hingga dia berusia 21 tahun .

Cuba kita renungkan anak2 ini bersungguh membayar pinjaman belajar. Tapi ramai anak2 yang gagal untuk membayar balik apa yang telah di beri kepada ibu dan ayah. Malah ada ibu dan ayah berakhir di rumah orang2 tua.

Waalahualam

1 comment: