Saturday, January 31, 2009

Cerita Diriku Pada Usia Sebelum Enam Tahun

Susah betul nak update blog ... kadang rasa cemburu tenguk blog kawan yang aku layari. Mana datang masa dan kekuatan mereka untuk memblog

Bila usia besar sikit dari yang sebelum ni apa yang aku ingat belakang rumah aku selalu ada satu keluarga china yang berkebun melalui belakang rumah aku. Ayahnya selalu cuma menarik basikal tuanya tanpa mengayuhnya. Mengikuti dibelakangnya isteri dan anak2 juga kadang ada dia bawa bersama kerbau kecik ( babi kat kampung kami pangggil kerbau kecik ) Pada itu aku tak ingat berapa usia aku.

Satu lagi yang aku ingat jiran akau suka main wayang kulit kat beranda rumahnya. Jiran2 akan berkumpul untuk melihat dia main wayang kulit.

Pada suatu hari semasa kami ingin melintas jalan adek aku hampir di langar basikal . Alhamdulillah ia dapat di elakkan . Adek aku ini pernah sekali di hanyutkan air semasa mandi di sungai di kampung ibu ku nun jauh di pendalaman. Nak masuk ke kampung tu terpaksa berjalan kaki atas batas sawah dan merentasi sungai.Tapi kedua ibu dan ayah tak pernah lupa untuk balik menjeguk nenek dan datuk yang hanya tinggal berdua kerana ibu adalah anak tunggal. Tapi kini walau pun dah mempunyai kereta yang berkuasa besar anak2 sukar nak menjenguk ibu dan ayah di kampung hingga bertahun lamanya. Ini lah lagak anak2 yang memperolehi pendidikan tinggi sehingga keluar negara.

Yang aku ingat pasal rumah ini ialah ia berdinding buluh dan juga berlantai buluh. Mandi air telaga .Sekarang tak ada anak2 yang berpeluang mandi air telaga.Depan rumah datuk aku ini ada surau yang mana datuk menjadi imamnya. Bila tiba waktu solat aku selalu juga tolong datuk memukul beduk.Datuk aku pandai membaca Al Quran , suaranya pun merdu sekali bila dia azan.

Setakat ni dulu untuk hari ini entah bila pula nak sambung ni ..

4 comments:

  1. salam wan rose,
    bila teringat telaga, teringat akan kedinginan airnya. Saya sempat juga merasa mandi air telaga ketika kecil dahulu, sekarang tidak lagi, diganti dengan "heater" hehehe kerana tidak tahan dengan air paip yang sejuk, hehehe.

    ReplyDelete
  2. salam ilah.. terima kasih kerana melawat blog saya ... rumah ayah saya masih menggunakan air telaga tapi dah dusambung paip dan motor . Airnya sejuk sekali berbanding dgn air dikl dan sel .

    ReplyDelete
  3. aku sempat mandi air telaga... tinggal di rumah berdinding dan belantaikan buluh.... makan beras dari bukit.... masak menggunakan dapur kayu api.....

    seyes aku merindui nikmat itu...

    ReplyDelete
  4. Sama laa kita Dato . Tapi tak makan beras dari bukit tak merasa kerana nenek buat padi bendang .

    ReplyDelete